Selasa, 2009 Jun 23

Thai atau Siam: Mana lebih tepat?


Thai atau Siam: Mana lebih tepat?
Ali Bukhari Amir
Mon | Jun 22, 09 | 11:48:35 pm MYT

BERIKUTAN insiden pembunuhan kejam melibatkan 11 orang Islam ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Narathiwat 9 Jun lalu, kita wajarlah menyusun beberapa pelan tindakan berasaskan kebijaksanaan dan keberanian.

Setidak-tidaknya, ada tiga gerakan yang perlu terlibat iaitu gerakan ilmiah melibatkan ahli akademik, intelektual dan pensyarah, gerakan ketenteraan yang melibatkan Ahmad Zahid Hamidi dan rundingan politik melibatkan Menteri Luar Malaysia.

Percubaan awal untuk membincangkan isu ini di Parlimen menemui jalan buntu apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) sudah pun menolak usul ini untuk dibincangkan segera.



Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta Malaysia mengambil inisiatif memanggil sidang khas Asean dengan segera bagi membincangkan pergolakan itu. Tambah Nasir, 'Malaysia perlu mendesak OIC agar mengiktirafnya sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand.

Tetapi, jika tidak salah ingatan saya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meminta Malaysia menjadi wakilnya untuk menangani kemelut di Selatan Thai sebelum ini.

Malangnya, tatkala menjawab tuntutan OIC ini, Rais Yatim berkata, bahawa kemelut itu melibatkan masalah hal-ehwal dalaman negara-negara Asean dan negara tidak boleh ikut mencampuri urusan dalaman Thai.

Akhirnya, titik penamatnya berlaku di situ. Mungkin Rais boleh dihubungi semula untuk mengesahkan hal berkenaan.

Libatkan juga Britain

Selain ketenteraan negara, pergerakan intelektual dan rundingan kuasa politik, pihak yang perlu kita libatkan ialah kerajaan Britain sendiri.

Perjanjian Inggeris - Siam 1909 (Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo Siam 1909) di Istana Raja Thailand, bersama Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir John Anderson adalah antara titik tolak yang menyaksikan pemecahan kerajaan Melayu Patani.

Isi perjanjian pada tahun 1909 itu melibatkan perkara-perkara berikut. Antaranya:

1. Kerajaan Melayu Pattani meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
2. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah Thailand diserahkan kepada Britain.
3. Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
4. Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
5. Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.

Mungkin inilah asal-usul penjajahan Thai terhadap Melayu di utara Semenanjung dengan rasminya melalui pengiktirafan British; sebuah empayar terbesar pada saat itu.

Uusan mengkaji segala bentuk rundingan dan perjanjian yang terkait dengan penjajahan Yala, Narathiwat ini, maka ia terpundak di atas bidang tanggungjawab intelektual.

Tentera Malaysia perlu ambil peranan bersama

Desas-desus andaian yang kerap merebak dalam kalangan Melayu Islam di selatan Thai adalah, kebanyakan serangan itu berlaku dengan sebab tentera Thai sendiri yang terpecah dua; Utara dan Selatan.

Tapi, sejauhmanakah Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk mewujudkan rondaan tentera di wilayah berkenaan masih diragui. Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Zahid pernah mencadangkan Pakatan Ketenteraan Negara Islam.

Tetapi selepas dilantik, Zahid berdiam diri. Tidak mustahil, Zahid Hamidi akan berbelah-bahagi dan takut-takut mengguna ketenteraan guna mengawal pergolakan di selatan Thai. Rakyat Malaysia yang prihatin perlu melobi agar hal ini tetap didebatkan.

Bantah nama Thai, ganti dengan Siam

Menelaah sejarah tentunya melibatkan fikiran yang mengundang keletihan. Di sana, telahpun ada usaha pengkarya filem yang mengeluarkan Queen of Langkasuka (Thai), Hikayat Merong Mahawangsa (Malaysia, bakal terbit) untuk menggeledah kisah-kisah purba.

Mungkin dengan jalan ini, setidak-tidaknya, perca-perca gambaran sejarah dapat dimuat dalam gambaran rakyat. Tapi, perkembangan mutakhir ini di Thailand agak menarik. Dan ia dimulai dengan gerakan intelektual, bukan melalui kuasa politik dan ketenteraan.

Misalnya, baru-baru ini, ahli sejarah terkemuka, Charnvit Kasetsiri membuat bantahan ke atas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan beberapa jawatankuasa politik untuk menukar nama negara itu daripada Thailand kepada nama asalnya; Siam.

Siam adalah negara asal di mana ia memiliki benderanya sendiri, berwarna merah dengan gambar seekor gajah putih menghiasi bendera tersebut.

Mantan rektor Thammasat University itu berkata piagam perlu diubah dari 'Perlembagaan Negeri Thailand' kepada 'Perlembagaan Negeri bagi Siam' atau 'Perlembagaan Siam". Ini perlu bagi tujuan menggalakkan 'perpaduan ', 'keharmonian' dan 'perdamaian'.

Akademikus itu berkata, bahawa usaha menamakan semula Thai itu adalah langkah awal untuk merawat kemelut politik dan masyarakat di negara itu yang terdiri daripada 60 juta rakyat termasuk lebih daripada 50 kumpulan etnik.

Menurut ahli sejarah itu, Thai sebagai sebuah negara, telah beransur-ansur menjadi 'ultra nasionalisme' dalam beberapa dekad lalu yang mungkin menjadi replika negara sebelum itu. Rusuhan politik di negara itu berlaku kerana rakyat bukan saja dipisah melalui sikap politik yang berbeza, tetapi yang jauh lebih penting, wujudnya peminggiran etnik.

Usaha menamakan semula negara Siam itu boleh menjadi batu loncatan untuk menyusun penyelesaian yang dinantikan rakyat negara itu, kata ahli akademik tersebut.

Dinamakan Siam, sejak Ayutthaya

Semua orang negara ini telah digelar Siam sejak era pemerintahan Ayutthaya era. Maka, dengan sebab campurtangan British dengan Thai, kaum-kaumMelayu diperangkap dalam beberapa perjanjian mereka.

Menurut Charnvit Kasetsiri, sejak Perang Dunia Kedua bermula, faham Hitler Nazisme di Jerman dan fasisme di Itali dan Jepun. Ketika inilah kerajaan tentera pimpinan Field Marshal Phibulsongkhram (Por) dipengaruhi ultra nasionalisme Nazisme dan fasisme. Akhirnya, nama bangsa Thai menenggelamkan nama Siam, nama sebuah negara.

Tambahnya, perubahan nama Thai kepada Siam adalah untuk membawa keharmonian di negara itu yang terdiri daripada 50 kumpulan etnik dengan bahasa masing-masing. Antara mereka selain Thai adalah Yuan, Laos, Lue, Melayu, Mon, Khmer, Teochiu, Cantonese, Hokkien, Hainan, Hakka, Cham, Sakai, Tamil, Pathan, Parsi, Arab, Phuan, Tai Yai, Phu Tai, Yong, Hmong, Karen, Museur dan Farang, dan sebagainya.

Melayu selatan Thai bukan orang Thai

Dalam temubual di Bangkok Post, Charnvit Kasetsiri menjelaskan bahawa secara etniknya, orang Islam selatan Thai bukan orang Thai, sebaliknya keturunan Melayu. Tapi mereka terpaksa menamakan diri mereka sebagai orang Thai atas dasar kewilayahan.

"Tiada salahnya dengan 'Siam', tetapi istilah itu tak menjelaskan siapakah raja di sini. Ia karut. Apa-apa pun, istilah 'Thai' merujuk bangsa, dan bukan negara itu," kata beliau.

Agak menarik ialah ketika Charnvit Kasetsiri memberi penjelasan asal-usul nama Siam yang menjadi sebab, kenapakah nama Siam itu ternyata lebih baik berbanding Thai untuk diabadikan sebagai nama kepada sebuah negara.

"Siam berasal daripada perkataan purba 'Sam', bermaksud tanah suai tani. Dalam Khmer dan Mon ada istilah 'siem', merujuk nama Siem Reap. Dalam bahasa Burma, ada istilah 'shan', kerana ada Negeri Shan, dan di Jepun, ada istilah 'shamuro'," tambahnya.

Selain itu, tambah akademikus itu, permulaan abjad 's' untuk Siam, dianggap lebih baik untuk nama negara itu berbanding permulaan abjad 'th', untuk Thailand, yang kedengaran seperti 'Taiwan' kepada orang-orang Barat.

Kekuatan kejujuran intelektual Thai

Selain usaha kita dalam menolong Melayu di selatan Thai, perlu dilibatkan juga kekuatan intelektual di universiti Thai selain pergerakan politik, ketenteraan dan intelektualis untuk mendorong kemajuan perdamaian di wilayah berkenaan.

Kita tak boleh melihat penyelesaian ini melibatkan politik sahaja. Terbukti, Parlimen kita sendiri telah menolak perbincangan berhubung usul membincangkan kemelut di wilayah tersebut. Rais Yatim tidak dapat berbuat apa-apa dengan alasan, sesama negara Asean tak boleh mencampuri urusan pergolakan dalam negara masing-masing.

Rasa-rasanya, tafsiran dan debat ke atas prinsip tidak campurtangan antara sesama negara Asean ini masih boleh dikaji semula.

Sedangkan wilayah Palestin yang bergolak kerana dibedil tentera Israel boleh kita peduli dengan menubuhkan tabung bantuan dan menggerakkan kempen kesedaran mengenainya kenapa dalam isu ini, seperti tiada kumpulan yang wujud untuk mengatur gerakan melobi dan pergerakan intelektual untuk tujuan merawat masalah yang sama?

Khamis, 2009 April 23

Keputusan Kabinet Malaysia dipersoal

24 April 2009

Semalam kabinet Malaysia yang Menterinya iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah memberitahu pemberita bahawa kabinet telah menetapkan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing masing semasa berkahwin walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Apakah implikasi di atas keputusan ini?

Jika dilihat dari sudut kebebasan beragama sememangnya golongan-golongan anti Islam sudah tentu bergembira dengan keputusan yang telah dibuat lebih-lebih lagi dengan kes Mohd Ridzuan yang telah memeluk Islam dan ingin membawa anaknya memeluk Islam telah digagalkan oleh golongan ini.

Saya berpandangan bahawa ini adalah kegagalan cerdik pandai Umat Islam di Malaysia sekiranya hal ini tidak dapat diatasi dengan baik. Walaupun Malaysia yang dikatakan negera yang ramai umat Islam dan alim ulamak tetapi kemanakah mereka berada? Apakah hal ini hanya diletakkan kepaa kegagalan Persatuan Peguam Syarie dimana mahkamah syariah dilihat rendah kedudukan berbanding mahkamah sivil. Kes ini akan menjadi kes contoh kepada kes-kes masa depan kerana kabinet telah memutuskan hal yang demikian padahal kabinet tidak harus dilihat mencampuri urusan legislatif. Kerajaan seharusnya membiarkan institusi legislatif dan mahkamah dipertahankan.

Saya memohon semua cerdik pandai umat Islam terutama para peguam dapat bertindak pantas untuk memberikan idea dan buah fikiran untuk menyelesaikan kekusutan ini memandangkan agama Islam adalah agama yang lebih tinggi berbanding dari agama lain. Jika penganut Islam di negara Islam seperti Malaysia ini tidak dapat dipertahankan haknya dimanakah lagi negara yang boleh mengiktiraf agama suci ini. Saya menyeru sekali lagi kepada semua umat Islam di Malaysia sama-samalah kita bangkit untuk mempertahankan kesucian dan maruah umat Islam dari diperlekeh oleh golongan-golongan kuffar dan orang musyrikin.

Ya Allah, selamatkan iman dan agama kami ini, Kami amat lemah berhadapan dengan golongan-golongan yang pandai memanipulasikan undang-undang kuffar ini. Bangkitlah umat Islam dan sama-samalah kita menentang kemungkaran.

Selasa, 2009 April 14

Gambar Jambatan Indah




Isu Jambatan Indah yang patut dibaca oleh Rakyat Malaysia

Johor's'Crooked bridge'
Malaysia's surprising 'go ahead' stirs reactions from both sides of the Causeway.
Jan 27, 2006


BBC Story:
By Jonathan Kent
Kuala Lumpur - Malaysia says it will go ahead with controversial plans to build a crooked bridge across half the strait it shares with Singapore.
It took the decision unilaterally after talks about replacing an existing causeway failed to produce agreement.

The plan for the bizarre bridge was first put forward by Malaysia's former leader Mahatir Mohammad.

The bridge is one of many issues to strain ties between Malaysia and Singapore since their union ended.

The Malaysians want to replace the causeway that links it to the island state with a bridge.

The causeway hampers access to ports on the Malaysian side, benefiting Singapore whose economy relies heavily on its port. So the Malaysians now say they will simply replace their half of the causeway.

But because the span is short and the bridge will need to gain height to allow shipping to pass beneath it, it will have to be crooked.

The Malaysians are calling it the "scenic bridge", but say if the Singaporeans want it to be straight and less scenic they will have to come back to the table and agree to replace the whole causeway with a single span.

One Malaysian politician told the Star newspaper that the shape of the bridge would be a reflection of relations between the two countries.

Singaporean sources told the BBC that this statement implies the Singaporeans are straight while the Malaysians are crooked. BBC

Reactions:

Malaysia
Star - Dr Mahathir Mohamad is "very happy" that finally a decision has been made for Malaysia to go ahead with the scenic bridge on its side of the Johor Strait.

The former prime minister is also not surprised that Singapore has not agreed to jointly build the bridge to replace the Causeway.

"I have waited 22 years, and we still have not gotten the permission to even raise (the price of raw water sold to Singapore) from 3 sen to 4 sen. So if you want to wait, you can wait until kingdom come," he told reporters.

In jest, Dr Mahathir said: "I thought it was 'cynic' bridge. Is that how you spell it?"

Singapore
crooked bridge is a blessing
mysingapore.com
Let's count the blessing from the crooked bridge.

1. It takes away the grouching and bitching between the two countries. let them build it and be happy. they have to appease their own people. And we need not finance a bridge that we do not want.
2. Probably they will have to terminate the railway at JB. The train can't possibly climb the crooked bridge. We can then join up with our MRT, maybe under the causeway if it is demolished.
3. A good tourist attraction for both sides.
4. The cost of paying new toll may persuade casual Singaporean visitors not to go in unless it is worth the trip. This will help to ease the jam.
5. Hopefully when the malaysian side raise the toll fee the Singaporean side will not do so as the cost of the bridge is borne by Malaysia only.

But Singapore side can charge a fee for a view of the infamous bridge.
posted by redbean

soc.culture.singapore
Polar bear
Do you think KTM train can go up a crooked bridge? They need to keep the trains running to maintain their claim over the KTM land in Singapore.

SammyBoy forum
noisesed
Malaysians also know Singapore elections coming.. so try to get something out of it, lor.

laksa_boy
Why is the PAP government so against the building of the bridge? Evidently the present causeway can't cope with the increased traffic of recent years as it had done so in the past.

I don't see how splitting the cost 50-50 can be unfair to either country. And what's wrong with a non-straight bridge? PAP into construction aesthetics?

Frankly, they can't even handle taking care of a highway flyover not too long ago. Ships to bypass PSA? The PAP said that the Johor Straits is too narrow to allow big-sized ships from passing.

So, what is the honest reason for being against a bridge replacing the causeway?

prince
Its useful, so that you can drive there, change money, shopping, go massage, eat sea food. Power!!

sgforums
jxjoox
It's all about water isn't it?
New bridge will not have the pipe to carry water. If SG wants water from Malaysia, it can then demand higher water price before building the pipe citing the costs of building the pipe will be very high.

fatum
It's not just about the water ....
The northern chaps just like to squeeze (us).

The water deal is a government to government agreement based on a previously agreed fixed priced ... they can't just unilaterally raise the price like they threaten to do everytime. That's the crux of the whole problem.

Remember when Minister Mentor (Lee Kuan Yew) himself went to Kuala Lumpur and negotiated another water deal, and got snookered by Mahathir after he got back? How to cut a clean deal with a group who keeps shifting the goalpost?

jxjoox
Yes, the contract is in place. Which is why I said, they build the bridge so they can demand from us higher water price.

sbst275
They are just pushing their own internal problem.
Johor some areas are facing long term water shortages yet they are doing nothing about it

AF2005
DR M is losing his mind and cannot remember what he said. He wanted to raise the water to M$6-$10, not 3-4 sen.

Our LKY offered 60sen, DR M refused. Dr M wanted to wait until we throw in the towel as no water we die, so he never wanted to sign the water contract along, till Singapore kneels down and beg.

That moment never arrived. Johor even transfered the authority to federal KL to decide so that KL can get the income of water sale. The earlier water agreement was signed between Johor and Singapore and not federal government.

They sell to Selangor about 30sen-40sen. Even till today Selangor feels its still expensive. 60 sen was a good deal. If not Johor would have more money in its pocket, can even be more than federal KL income.

Whatever increase will translate to whatever johor buys back for treated water. Not to mention Singapore PUB invested more than $100 million in ongoing water infrastructure projects in johor to maintain and increase supply.

All these assets will go to johor government once the contract ends. But federal KL wants a big piece of the cake.

Now they want to make southern Johor suffer even more by diverting money to the M$1b bridge. Kelantan resisted because of the income from oil revenues. Federal KL took quite a lot and left a few bucks for Kelantan.

That's why Kelantan is always resisting KL. Toll money collected going to huge and every officials wants a bit of the actions.

lionnoisy
There will be grave consequence if any water pipes touched without the explicit consent of Singapore.
HOW TO LAY THE PIPES EVEN IF S'PORE AGREES TO THE SCENIC BRIDGE
There are only 2 options.
1. This will reduce the depth of water level for navigation if put them on seabed.
2.Are the water pumps strong enough to pump up the water running along the bridge?

chikopek
Singapore government should take a harder approach towards their Malaysian counterparts.

HardwareZone.com
azixerina
I have 2 questions:
1. Why is Malaysia pushing so hard on the new bridge?
2. Why is Singapore reluctant to consent on the new bridge?
Perhaps this is just another political ploy that commonly shared by both politicians; especially when the anticipated General Election is around the corner.

Malaysia
Media statement by opposition Democratic Action Party (DAP) Ronnie Liu Tian Khiew

Another national folly!
Malaysia must not proceed with plans to build the crooked bridge to replace its half of a causeway linking the country to Singapore. Such a bridge serves nobody but the ego of the former PM Mahathir Mohamad.

We are very disappointed with the announcement made by the deputy PM Najib Tun Razak. The crooked bridge could strain bilateral relations, which have warmed since the exit of Mahathir Mohamad in 2003.

In a Reuters report, Najib was quoted of saying "Yes, the bridge will proceed," Deputy Prime Minister Najib Razak told reporters. "At the same time, the negotiations with Singapore are on-going too."

"In the event we can successfully conclude negotiations with Singapore, the bridge can be a full bridge," he said.

Mahathir had unveiled the unusual plan to build a crooked bridge to replace half of the 500-metre causeway spanning the Johor strait in 2003 after the island state rejected his original plan to jointly build a bridge to replace the entire causeway.

Singapore opposes the original plan on grounds of cost and has also raised environmental concerns over bridge.

As talks on the issue have dragged on, Malaysia made a serious mistake by going ahead with a key part of its M$1.1b ($293m) project, a customs, immigration and quarantine centre at Johor Baru, the main gateway to Malaysia from Singapore.

There is an ongoing process in place, agreed to by Singapore and Malaysia to discuss the bridge and other bilateral issues. We should not go ahead with the crooked bridge to risk another round of disputes between the two neighbouring nations.

Calling it a "scenic bridge" does not really help to resolve the matter. We should work through more discussions before hurrying into a big and irreversible mistake.

We urge PM Abdullah Ahmad Badawi stick to his earlier decision (he aborted the plan after much protest from DAP and the UMNO MP Sharir Samad) and not to proceed with the crooked half-bridge under political pressure mounted within his party, UMNO.

He should know that such a bridge is not a bridge. It will certainly become the eighth "wonders" of the modern day history if built. DAP
Jan 27, 2006

Khamis, 2009 April 09

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2009



Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Ahad, 2008 Disember 21

PPSMI, ugutan ke atas Hishammuddin mesti berterusan

Ali Bukhari Amir
Sun | Dec 21, 08 | 11:37:41 pm MYT

Prof Dr Abu Bakar Abdul Hamid terdiam sebentar sejurus mendengar lafaz Dr Abdul Latiff Abu Bakar pada 19 Disember lalu di dalam forum anjuran Pusat Dialog Peradaban dan Akademi Sains Islam Malaysia (Asasi) itu.
Iklan

Dr Abdul Latiff, mungkin oleh kerana terlalu lama memendam rasa, beliau mengeluarkan segala yang terbuku di hatinya selama ini. Suasana menjadi tenang untuk seketika. Maka, cabaran Pena yang meminta supaya Gapena menjelaskan pendiriannya berhubung PPSMI ini telah pun selesai untuk pusingan pertama. Hadirin semakin jelas dan faham.

Hanya tinggal beberapa persoalan lagi yang masih berlegar di fikiran para peserta forum itu. Walaupun jumlah hadirin sekitar 40 orang, namun jumlah yang kecil ini bukan suatu hal yang boleh dipermain-mainkan.

Setidak-tidaknya sudah ada saling cabar-mencabar antara Gapena dan Kumpulan Prihatin yang disifatkan sebagai pertubuhan yang longgar kerana tak didaftarkan secara sah. Tapi, inti semangat perjuangan Kumpulan Prihatin tak boleh dipandang rendah kerana landasan wadah ini menempatkan golongan cendekiawan universiti.

"Untuk pengetahuan semua," dalam nada suaranya yang rendah Dr Abu Bakar menyebut, "ada sebuah persatuan muda yang masih bergiat cergas dalam urusan membantah PPSMI ini. Nama persatuan itu ialah PKPIM."

"Tempoh hari, mereka ada buat program di Kuantan. Malangnya, saya seorang saja yang hadir dari Kuala Lumpur.

"Mereka juga ada membuat bantahan di internet tentang PPSMI ini. Jadi, saudara semua boleh war-warkan kepada semua orang agar sejuta tandatangan boleh dihimpunkan," kata beliau lagi.

"Boleh ulang sekali lagi laman web tu?" Dato' Dr Firdaus Abdullah mencelah dari bawah pentas forum. Dia kelihatan sedang mencatatkan sesuatu.

"http://www.pkpim.net," ujar Dr Abu Bakar dengan ringkas.

"Saya tak tahu pun tentang perjumpaan di Kuantan itu," Dr Abdul Latiff menoleh ke arah Prof Abu Bakar Abdul Hamid. "Kalau saya tahu, saya pun akan pergi.."

Bantahan di Putrajaya
16 Disember lalu persidangan meja bulat mengenai PPSMI dilakukan antara Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Dr Wee Ka Siong bersama pertubuhan pelajar itu.

Seperti biasa, Dr Wee Ka Siong berkata bahawa hasil persidangan itu akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ayat-ayat klise yang diberikan ini tentunya memenatkan. Tapi, hanya itulah yang mampu dilakukan buat sementara ini. Tetapi, ada sedikit ketegasan oleh Naib Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz.

"Kami dengan tegas, terus membantah dasar PPSMI ini jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan dasar ini pada masa akan datang," kata beliau selepas menyerahkan 'Petisyen Bantahan Terhadap PPSMI' kepada Dr Wee Ka Siong di Putrajaya.

Bantahan itu, menurutnya, telah berjaya mengumpulkan hampir 1,000 tandatangan dalam tempoh 14 hari dalam kalangan mahasiswa seluruh negara dan ibu bapa di kawasan luar bandar.

Demi menyelamatkan nasib bahasa Melayu, katanya, PKPIM akan terus berusaha dengan menggunakan segala saluran yang ada sebagai langkah bagi memastikan agar kedudukan Bahasa Melayu dihormati semua pihak.

Ugutan pertubuhan pelajar
"Kami sebagai wadah gerakan pelajar tidak teragak-agak melangkah lebih jauh sekiranya suara kami tidak didengari kerana kami sudah bersedia ke arah itu," kata beliau.

Cara Dr Abdul Latiff agak kemas dan bernada serius apabila beliau menyebutkan tarikh 15 Mac sebagai tanda amaran kepada Menteri Pelajaran Hishammuddin Tun Hussein.

Hanya, anjakan tarikh itu sepatutnya diawalkan dan janganlah terlalu dekat kepada tarikh Perhimpunan Agung Umno. Bukankah ugutan ini berasal daripada ahli akademik? Tidak perlulah diambil perhitungan sangat dengan tarikh yang ada kaitan dengan politik.

Selepas tarikh itu, kata Dr Abdul Latiff, beliau dan rakan-rakannya akan meminta menteri meletak jawatan. Jika ugutan, maka sebaik-baiknya 40 hari atau sebulan saja. Tiga bulan itu, akan menyebabkan menteri pelajaran tidak terasa sangat kesan ugutannya.

Namun, ugutan PKPIM itu tidak disertakan pula dengan tarikh ajal kepada Hishammudin itu. Apa-apa pun.. sekalung tahniah dan penghargaan dilafazkan kerana persatuan pelajar itu telah cuba melakukan segala yang terbaik setakat ini.

"Kesan dasar ini tidak dirasai pemimpin hari ini, sebaliknya bebanannya tanggung oleh generasi masa hadapan. Maka, perjuangan ini adalah tanggungjawab yang wajib digalas seluruh anak muda yang sayangkan masa depan identiti rakyat dan Malaysia.

"PKPIM turut memandang tinggi kepada ketegasan beberapa badan bukan kerajaan lain yang konsisten membantah dasar ini seperti Kumpulan Prihatin, Pena, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Dong Jiao Zong, dan sebagainya," kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Fazsal berkata, PKPIM akan terus memberikan sokongan ke atas usaha mana-mana pemimpin yang konsisten memperjuang nasib bahasa Melayu.

Jumaat, 2008 November 21

Lagi berkenaan PPSMI

Pada 20 Nov 2008 yang lalu dalam perjalanan ke Kedai Ana Ikan Bakar di Tg Lumpur...perbualan bersama Guru Matematik Tambahan telah menimbulkan satu lagi tanda tanya kepada rapuhnya PPSMI yang dilaksana oleh pihak kerajaan. Guru tersebut menyatakan nasib pelajar Melayu yang diajar semakin parah. Pelajar bukan sahaja tidak dapat memahami dan menguasai terminolgi add math tetapi meminta Guru tersebut menerangkan dalam Bahasa Melayu kerana mereka tidak memahami pengajaran yang diajar di dalam Bahasa Inggeris. Ia bukan sahaja berlaku kepada mata pelajaran Add Math tetapi juga kepada mata pelajaran Sains seperti Fizik dan Kimia.

Apa yang dapat diperhatikan di sini ialah apa yang akan jadi kepada anak bangsa yang terlibat dengan Dasar ini bermula 2002 hingga 2008 baik pelajar yang bermula Bahasa Inggeris dari darjah satu yang pada tahun ini sudah pun mendapat keputusan UPSR dan pelajar yang berada di tingkatan 5 yang sekarang ini sedang mengambil SPM. Apa akan jadi kepada Umat Melayu yang penguasaan Bahasa Inggeris lemah..... adakah kajian telah dibuat mencari statistik pencapaian anak-anak melayu yang berada bukan sahaja di bandar tapi majoriti anak melayu berada di kampung-kampung. Apakah mereka benar-benar memperoleh manafaat yang banyak apabila ilmu diajar bukan di dalam bahasa ibunda mereka.....

Semoga pihak yang berkenaan dapat membuat keputusan yang wajar demi untuk masa depan bangsa melayu dan anak-anak melayu.